Parti Kebebasan dan Keadilan

Parti Kebebasan dan Keadilan
حزب الحرية و العدالة
PengerusiSaad El-Katatni (en)
PengerusiSaad El-Katatni
Setiausaha AgungHussein Ibrahim
Diasaskan30 April 2011 (2011-04-30)
Dibubarkan9 Ogos 2014
Anggota bagi
Ibu pejabat20 King El-Salem Hameed Street Roda Island, Kaherah
AkhbarAl-Huriyah wa al-Adalah
Keanggotaan (2011)8,821
IdeologiIslamisme
Konservatisme sosial
Konservatisme agama
Ekonomi campuran
Hubungan kebangsaanPerikatan Demokratik Mesir (2012)
Hubungan antarabangsaIkhwan Muslimin
Warna         Hijau, biru
SloganMembawa Kebaikan Demi Mesir
(Arab: نحمل الخير لمصر)
Tapak sesawangwww.fj-p.org
Dewan Perwakilan Rakyat
0 / 568
sunting · sunting di Wikidata

Parti Kebebasan dan Keadilan (bahasa Inggeris: Freedom and Justice Party atau FJP; Arab: حزب الحرية والعدالة, rumi: Ḥizb al-Ḥurriyyah wa-l-ʿAdālah) ialah sebuah parti politik Islam di Mesir. Bekas presiden parti ini, Mohamed Morsi, telah memenangi pilihan raya presiden 2012, dan dalam pilihan raya parlimen 2011, parti ini berjaya memperoleh bilangan kerusi terbanyak berbanding parti lain. Parti ini dipertandingkan secara bebas, tetapi mempunyai hubungan yang kuat dengan Ikhwan Muslimin Mesir, sebuah pertubuhan politik dan sosial terbesar di Mesir. Parti ini diharamkan dan dibubarkan pada 2014, tetapi ia menyambung fungsinya secara bawah tanah.

Pilihan raya parlimen Mesir 2011-2012 menghasilkan keputusan FJP menang 47.2 peratus daripada keseluruhan kerusi bagi Dewan Perwakilan Mesir, bersama-sama parti-parti Islam yang lain iaitu Al-Nur dan Al-Wasat yang memenangi 24.7 dan 2 peratus kerusi. FJP dan Parti Al-Nur yang beraliran salafi menafikan sebarang pembentukan penyatuan politik antara kedua-dua parti.

FJP pada asalnya tidak menghantar calon bagi pilihan raya presiden Mesir, kemudian pada pusingan pertama, pemimpin Ikhwan Muslimin, Khairat al-Shater telah bertanding dan didapati beliau tidak layak, pusingan seterusnya Mohamed Morsi bertanding.

Ikhwan Muslimin telah diisytiharkan sebagai kumpulan pengganas oleh pemerintah sementara Mesir pada Disember 2013, menjadikan status FJP secara tidak jelas. Pada 15 April 2014, Mahkamah Urusan Segera Iskandariah mengharamkan anggota semasa dan bekas anggota Ikhwan Muslimin daripada menyertai pilihan raya parlimen. Pada 9 Ogos 2014, Mahkamah Pentadbiran Tertinggi memutuskan pembubaran FJP dan mencairkan aset-aset mereka.