Parti Hijau Malaysia
Parti Hijau Malaysia | |
|---|---|
| Fail:- | |
| Singkatan | PHM |
| Setiausaha agung | Abdul Razak Ismail |
| Ibu pejabat | Malaysia |
| Keanggotaan (2024) | 5,000 (didakwa) |
| Ideologi | Politik hijau Anti-korupsi Environmentalisme Multirasialisme |
| Kedudukan politik | Tengah kiri |
| Hubungan kebangsaan | - |
| Hubungan serantau | Himpunan Hijau |
| Hubungan antarabangsa | Greens International |
| Slogan | "Pilihan Di Tangan Kita!" |
| Dewan Negara Malaysia (Parlimen Atas) | 00 / 70
|
| Dewan Rakyat Malaysia (Parlimen Bawah) | 000 / 311
|
| Dewan Undangan Negeri | 000 / 607
|
| Menteri Besar dan Ketua Menteri | 00 / 13
|
| Majlis Perundangan Tempatan Daerah | 0,000 / 1,403
|
| sunting · sunting di Wikidata | |
Parti Hijau Malaysia (PHM) ialah sebuah parti politik di Malaysia dengan tumpuan terhadap environmentalisme. Ia ditubuhkan pada 2010 sebagai gerakan maya. Hasrat asal pengasas, Azlan Adnan adalah untuk memperkasa dan menyatukan semua NGO alam sekitar di Malaysia, dan mendorong agenda hijau ke dalam kesedaran politik Malaysia. Parti ini memiliki kerjasama dalam Himpunan Hijau yang terdiri daripada lebih 80 NGO.
Sehingga 2022, parti itu tidak bertanding dalam mana-mana pilihan raya di peringkat kebangsaan serta negeri. Abdul Razak Ismail mengumumkan parti itu akan bertanding pada pilihan raya negeri Selangor 2023.