Parti Demokratik Malaysia

Parti Demokratik Malaysia
Malaysian Democratic Party
PDM
Pemimpin/ketuaWee Choo Keong
Diasaskan21 Januari 2024, 1999, 1998 (pendaftaran dibatalkan)
PecahanParti Tindakan Demokratik
Ibu pejabatKuala Lumpur, Malaysia
AkhbarSuara Rakyat
Sayap belia/pemudaAngkatan Rakyat Muda
Keanggotaan (2024)90,000
IdeologiDemokrasi rakyat, Demokrasi pekerja, Demokrasi sosial
Kedudukan politikPolitik haluan kiri
Hubungan kebangsaan

Sekutu Politik :

Hubungan antarabangsa-
Warna     Merah, hitam, putih
LaguDemi Rakyat
Tapak sesawangPortal Rasmi Parti MDP Politik Malaysia
Dewan Negara:
00 / 84
Dewan Rakyat:
000 / 297
Dewan Undangan Negeri:
0,000 / 1,312
Bendera parti
sunting · sunting di Wikidata

Parti Demokratik Malaysia (bahasa Inggeris: Malaysian Democratic Party) atau singkatannya MDP merupakan sebuah parti politik di Malaysia yang ditubuhkan pada tahun 1986 oleh Wee Choo Keong selepas beliau disingkirkan oleh DAP dan pendaftarannya ditarik balik pada tahun 2010 oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Parti MDP ini pernah bertanding dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 1999 dan Pilihan Raya Umum Malaysia 2004 tetapi gagal memenangi mana-mana kerusi, sama ada di peringkat Parlimen ataupun di peringkat Dewan Undangan Negeri. Pengasasnya yang juga Setiausaha Agung MDP, Wee Choo Keong telah dipecat oleh Majlis Tertinggi MDP, juga pernah bertanding tetapi kalah di kerusi Bukit Bintang atas tiket MDP pada kedua-dua Pilihan Raya Umum Malaysia 1999 dan Pilihan Raya Umum Malaysia 2004. Namun akhirnya beliau berjaya bertanding dan memenangi kerusi Wangsa Maju di dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 tetapi bukan di atas tiket MDP sebaliknya di atas tiket Parti Keadilan Rakyat (PKR).