Parti Demokrasi Baru (Yunani)

Νέα Δημοκρατία
Demokrasi Baru
Νέα Δημοκρατία
SingkatanΝΔ
PengerusiKyriakos Mitsotakis (2016–)
PengasasKonstantinos Karamanlis
Diasaskan4 Oktober 1974
Anggota bagi
Ibu pejabat340 Syggrou Ave.,
176 73 Kallithea, Athens
IdeologiKonservatisme liberal
Konservatisme
Demokrasi Kristian
Kedudukan politikPertengahan kanan
Hubungan EropahParti Rakyat Eropah
Kumpulan Parlimen EropahParti Rakyat Eropah
Hubungan antarabangsaCentrist Democrat International
International Democrat Union
WarnaBiru
Tapak sesawangwww.nd.gr
Parlimen
128 / 300
Parlimen Eropah
7 / 22
Kawasan
261 / 725
Bendera parti
  • Politik Yunani
  • Parti politik
  • Pilihan raya
sunting · sunting di Wikidata

Parti Demokrasi Baru (Yunani: Νέα Δημοκρατία, Néa Dimokratía, harfiahnya "Republik Baharu", singkatan ΝΔ, ND,) ialah sebuah parti utama di Yunani. Ia diasaskan pada 1974 oleh Konstantinos Karamanlis, dan terus memenangi pilihan raya pertamanya. Kemudian, sekitar 1980-an dan 1990-an ND menjadi parti pembangkang dalam Parlimen. Pada 7 Mac 2004 dalam pilihan raya perundangan, ND kembali menerajui kerajaan selepas parti itu dipimpin oleh Kostas Karamanlis sehingga Oktober 2009. Antonis Samaras menjadi presiden baru pada November 2009.

Pada 6 Mei 2012, pilihan raya umum diadakan lebih awal bagi menyelesaikan kemelut politik yang timbul akibat krisis hutang Eropah amnya dan Greece khasnya. ND mendapat undi terbanyak, dengan 108 daripada 300 kerusi. Tanpa majoriti, ND memiliki tiga hari untuk membentuk kerajaan campuran, namun gagal. Parti lain juga gagal. Akibatnya, pilihan raya baharu dijalankan pada 17 Jun. ND mendapat undi terbanyak, menambah 21 kerusi menjadi 129 semuanya, tetapi masih kurang daripada 151 kerusi yang perlu bagi mendapat majoriti. Atas dasar isu penyelesaian krisis ekonomi, ND berjaya membentuk kerajaan "pro-euro" dengan kerjasama PASOK dan DIMAR. Antonis Samaras menjadi Perdana Menteri baharu.