Nuri neotropika

Nuri neotropika
Makaw biru-dan-kuning
Pengelasan saintifik
Domain: Eukaryota
Alam: Haiwan
Filum: Chordata
Kelas: Aves
Order: Psittaciformes
Keluarga: Psittacidae
Subkeluarga: Arinae
Suku

Arini
Androglossini

Nuri neotropika atau nuri Dunia Baru terdiri daripada kira-kira 150 spesies dalam 32 genus yang didapati di seluruh Amerika Selatan dan Tengah, Mexico dan Kepulauan Karibia, dan (dahulunya) selatan Amerika Utara. Antara mereka terdapat nuri yang terkenal seperti makaw biru-dan-kuning, conure matahari dan amazon kepala kuning.

Nuri dari Dunia Baru mula dikenali oleh penduduk Eropah sejak Columbus menulis berkenaan mereka di dalam jurnal beliau pada 1492. Perincian sistematik akan burung-burung ini pertama kali didapati dalam Historia Naturalis Brasiliae yang ditulis oleh ahli alamiah Jerman Georg Marcgraf yang diterbitkan pada 1648, dan Natural History of Carolina, Florida and the Bahama Islands yang ditulis dalam dua jilid oleh ahli alamiah Inggeris Mark Catesby yang diterbitkan di London pada 1731 dan 1743.

Nuri neotropika mengandungi dua kumpulan utama iaitu kumpulan berekor pendek dan berekor panjang.