Park Ridge, Illinois

Park Ridge
Bandar
The City of Park Ridge, Illinois
Lokasi Park Ridge dalam Cook County, Illinois.
Lokasi negeri Illinois dalam Amerika Syarikat
Koordinat: 42°0′43″N 87°50′30″W / 42.01194°N 87.84167°W / 42.01194; -87.84167
NegaraAmerika Syarikat
NegeriIllinois
CountyCook
PekanMaine
Diperbadankan1873
Pentadbiran
 • JenisCouncil-manager
 • Datuk BandarMarty Maloney
 • Bajet$47,684,900 (2004-2005) (tahun fiskal: 2006-07)
Keluasan
"2016 U.S. Gazetteer Files". United States Census Bureau. Dicapai pada Jun 30, 2017.</ref>
 • Jumlah7.13 batu persegi (18.48 km2)
 • Tanah7.09 batu persegi (18.35 km2)
 • Air0.05 batu persegi (0.12 km2)  0.56%
Penduduk
 (2010)
 • Jumlah37,480
 • Anggaran 
(2016)
37,496
 • Kepadatan5,291.56/batu persegi (2,042.95/km2)
 Turun 0.8% dari 2000
DemonimPark Ridger
kod ZIP
60068
Kod Kawasan847, 224
kod FIPS17-57875
Laman sesawangwww.parkridge.us

Park Ridge adalah sebuah bandar di Cook County, Illinois, Amerika Syarikat, dan merupakan kawasan pinggir bandar Chicago . Penduduknya berjumlah 37,480 pada tahun mengikut bancian 2010. Ia terletak 15 batu (24 km) barat laut dari pusat bandaraya Chicago. Bandar ini terletak berdekatan Lapangan Terbang Antarabangsa O'Hare, lebuh-lebuh raya utama, serta pengangkutan keretapi. Ia adalah sebahagian daripada kawasan metropolitan Chicago, dan bersempadan dengan tiga kawasan perumahan barat laut Far North Side bandaraya Chicago (Edison Park, Norwood Park, dan O'hare.)

Seperti yang ditunjukkan pada namanya, Park Ridge terletak di atas sebuah rabung (ridge). Tanah rabung mengandungi banyak deposit tanah liat, oleh demikian kawasan ini merupakan lokasi utama pembuatan batu-bata semasa pembangunan bandaraya Chicago. Park Ridge asalnya bernama Pennyville, ia bagi menghormati George Penny, seorang ahli perniagaan yang memiliki kilang bata tempatan bersama-sama dengan Robert Meacham. Ia kemudian diberi nama Brickton. Sungai Des Plaines membahagikan Park Ridge daripada bandar terdekatnya, Des Plaines, Illinois yang tertempat di barat Park Ridge. Chicago berada di selatan dan timur Park Ridge, manakala Niles dan pekan tidak diberbadankan Maine terletak di utaranya.