Pari gergaji
| Pari gergaji Julat zaman:
| |
|---|---|
| Pari gergaji seragam, Pristis pristis (atas), pari gergaji silih, Pristis zijsron (bawah) | |
| Pengelasan saintifik | |
| Domain: | Eukaryota |
| Alam: | Haiwan |
| Filum: | Chordata |
| Kelas: | Chondrichthyes |
| Order: | Rhinopristiformes |
| Keluarga: | Pristidae Bonaparte, 1838 |
| Genus | |
| |
Pari gergaji, turut dikenali sebagai yu berui atau yu parang, ialah keluarga pari yang dicirikan oleh rostrum panjang yang tirus meleper, atau lanjutan hidung yang dipenuhi dengan gigi melintang yang tajam, tersusun menyerupai gergaji. Ia antara ikan terbesar, dengan beberapa spesies mencapai panjang sekitar 7–7.6 m (23–25 ka). Ia dijumpai di seluruh dunia di rantau tropika dan subtropika di perairan laut pesisir dan muara air payau, serta di sungai dan tasik berair tawar. Semua spesiesnya adalah terancam.