Parc des Princes

Parc des Princes
UEFA
Lokasi24 Rue du Commandant Guilbaud
75016 Paris, Île-de-France, Perancis
Koordinat48°50′29″N 2°15′11″E / 48.84139°N 2.25306°E / 48.84139; 2.25306
Transit awam Porte de Saint-Cloud
PentadbirParis Saint-Germain
Kapasiti47,929
Rekod kehadiran50,370 (Ragbi: Perancis vs Wales, 18 Februari 1989)
Saiz Padang105 m × 68 m (344 ka × 223 ka)
PermukaanGrassMaster oleh Tarkett Sports
Pembinaan
Dibina1967 (sekarang)
Dibuka25 Mei 1972 (1972-05-25)
Pengubahsuaian1997–1998, 2014–2016
Kos pembinaan150 juga FRF (1972)
ArkitekRoger Taillibert & Siavash Teimouri
Tuan rumah
Paris Saint-Germain (1974–kini)

Parc des Princes (Sebutan bahasa Perancis: [paʁk de pʁɛ̃s]) merupakan sebuah stadium bola sepak di Daerah 16, Paris, Perancis, berdekatan dengan Stade Jean-Bouin dan Stade Roland Garros.

Stadium ini, dengan kapasiti tempat duduknya sebanyak 47,929, telah menjadi gelanggang sendiri (home ground) bagi Paris Saint-Germain sejak 1974. Sebelum pembukaan Stade de France pada 1998, stadium ini juga merupakan gelanggang sendiri pasukan bola sepak kebangsaan Perancis dan pasukan kesatuan ragbi kebangsaan Perancis. Padang Parc des Princes dikelilingi oleh tempat duduk yang berbumbung di empat sisinya, yang secara rasminya dikenali sebagai Tribune Borelli, Tribune Auteuil, Tribune Paris, dan Tribune Boulogne.

Direka oleh arkitek Roger Taillibert dan Siavash Teimouri, versi sekarang stadium ini dibuka secara rasmi pada 25 Mei 1972, dengan kos sebanyak 80–150 juta franc. Sebelum ini, dua stadium pernah dibina di atas tapak tersebut, dengan yang pertama dibuka pada 1897 dan yang kedua pada 1932.

Rekod kehadiran penonton tuan rumah bagi PSG adalah pada 1983, apabila 49,575 penonton menyaksikan kemenangan kelab tersebut (dengan mata 2–0) semasa berlawan dengan Waterschei dalam peringkat suku akhir Piala Winners UEFA. Namun, rekod keseluruhan kehadiran penonton tercatat oleh pasukan kesatuan ragbi kebangsaan Perancis semasa mereka mengalahkan Wales dengan mata 31–12 dalam Kejohanan Lima Bangsa 1989 di hadapan 50,370 penonton.