Paradoks

Paradoks (disebut [pa.ra.doks]) ialah suatu kenyataan mengandungi dua premis yang wujud bergandingan pada waktu sama tetapi kedua-duanya tidak boleh saling membenarkan lalu boleh membawa kepada kesimpulan sama bercanggah dengan sendirinya atau tidak diterima logika meskipun tampak masuk akal daripada premis yang sebenar. Ia melibatkan unsur-unsur yang berkaitan tetapi bercanggah yang wujud dengan serentak dan berterusan sepanjang masa.