Parachutes

Parachutes
Album studio oleh
Dilancarkan pada10 Julai 2000 (2000-07-10)
Dirakamkan padaNovember 1999–Mei 2000
(kecuali trek ke-8 yang dirakam pada musim panas 1999)
TempatUnited Kingdom
GenreRock Alternatif, post-Britpop
Panjang41:44
BahasaBahasa Inggeris
SyarikatCapitol, Parlophone
PenerbitColdplay, Ken Nelson, Chris Allison (trek 8 sahaja)
Kronologi Coldplay
The Blue Room
(1999)
Parachutes
(2000)
A Rush of Blood to the Head
(2002)
Single daripada Parachutes
  1. "Shiver"
    Dikeluarkan: 6 Mac 2000
  2. "Yellow"
    Dikeluarkan: 26 Jun 2000
  3. "Trouble"
    Dikeluarkan: 26 Oktober 2000
  4. "Don't Panic"
    Dikeluarkan: 19 Mac 2001
sunting · sunting di Wikidata
Penarafan profesional
Markah agregat
Sumber Taraf
Metacritic (72/100)
Markah ulasan
Sumber Taraf
Allmusic
Entertainment Weekly B+
Los Angeles Times
NME (9/10)
Pitchfork Media (5.3/10)
PopMatters (positive)
Q
Rolling Stone
Stylus (C)
Village Voice (mixed)

Parachutes ialah album studio sulung oleh kumpulan rock British Coldplay. Ia dikeluarkan pada 10 Julai 2000 oleh Parlophone di United Kingdom. Album itu diterbitkan oleh Coldplay dan penerbit rakaman British Ken Nelson, kecuali satu trek, "High Speed", yang diterbitkan oleh Chris Allison. Parachutes telah mengeluarkan single hits "Shiver", "Yellow", "Trouble", dan "Don't Panic".

Album itu merupakan kejayaan komersial, dan mendapat ulasan positif. Sewaktu dikeluarkan, album itu mencapai nombor satu di United Kingdom, dan sejak itu telah disahkan 8× Platinum. Di Amerika Syarikat, album itu memuncak di nombor 51 di Billboard 200, dan sejak itu telah menerima pensijilan Platinum Berganda. Ia memenangi Anugerah Grammy untuk Album Muzik Alternatif Terbaik pada tahun 2002, dan telah memperoleh pelbagai penghargaan sejak penerbitannya. Parachutes juga merupakan album terlaris ke-19 abad ke-21 di United Kingdom, dan memenangi anugerah Album British Terbaik pada Anugerah Brit 2001. Sehingga 2011, ia telah menjual kira-kira 8.5 juta salinan di seluruh dunia.