Papan serpai
Papan serpai (bahasa Inggeris: particle board), atau papan partikel dan papan gentian berketumpatan rendah, ialah produk kayu tereka bentuk yang dihasilkan daripada serpihan kayu dan diikat dengan menggunakan resin sintetik atau pengikat lain yang berkaitan. Kemudian, papan ini akan ditekan dan disemperitkan. Papan serpai sering dikelirukan dengan papan tatal, jenis papan gentian yang berbeza, di mana menggunakan kepingan kayu yang dimesin dan lebih kuat berbanding dengan papan serpai.