Papan selaju

Papan selaju atau papan luncur (bahasa Inggeris: skateboard) ialah sejenis papan yang memiliki empat roda dan digunakan untuk sukan meluncur. Papan ini memiliki tenaga yang dipacu dengan menggunakan satu kaki sementara kaki sebelahnya memijak papan. Pengguna boleh juga berdiri di atasnya apabila papan ini meluncur ke bawah di atas permukaan yang curam menggunakan graviti sebagai pemacu.