Papan kekunci (pengkomputan)
Papan kekunci merupakan peranti yang paling lazim dikenali dan digunakan untuk memasukkan data ke dalam komputer. Ia terdiri daripada butang-butang tekan (kekunci) huruf dan angka serta aksara lain disusun mengikut turutan tertentu berkesinambungan dari rekaan kekunci yang ada pada mesin taip. Papan kekunci merupakan peranti input persisian yang dimodelkan seperti papan kekunci yang terdapat di mesin taip.