Paolo Rossi

Paolo Rossi
Rossi pada 2007.
Maklumat peribadi
Tarikh lahir (1956-09-23)23 September 1956
Tempat lahir Prato, Itali
Tarikh kematian 9 Disember 2020(2020-12-09) (umur 64)
Tempat kematian Siena, Itali
Ketinggian 1.74 m (5 ka 9 in)
Posisi permainan Penyerang
Kerjaya remaja
1961–1967 Santa Lucia
1967–1968 Ambrosiana
1968–1972 Cattolica Virtus
1972–1975 Juventus
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
1973–1976 Juventus 0 (0)
1975–1976 → Como (pinjam) 6 (0)
1976–1980 Vicenza 94 (60)
1979–1980 → Perugia (pinjam) 28 (13)
1981–1985 Juventus 83 (24)
1985–1986 Milan 20 (2)
1986–1987 Hellas Verona 20 (4)
Jumlah 251 (103)
Pasukan kebangsaan
1977–1986 Itali 48 (20)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik

Paolo Rossi (sebutan bahasa Itali: [ˈpaːolo ˈrossi]; 23 September 1956 – 9 December 2020) ialah bekas pemain bola sepak Itali yang bermain di posisi penyerang. Beliau telah membantu pasukan Itali untuk meraih gelaran Piala Dunia 1982 dengan menjaringkan enam gol di samping turut meraih anugerah Kasut Emas sebagai penjaring terbanyak dan Bola Emas sebagai pemain terbaik kejohanan. Rossi merupakan satu-satunya pemain tunggal dari Eropah di samping dua orang pemain lagi yang pernah meraih ketiga-tiga anugerah tersebut di Piala Dunia bersama Garrincha pada 1962 dan Mario Kempes pada 1978. Rossi juga merangkul anugerah Ballon d'Or 1982 sebagai Pemain Terbaik Eropah oleh sebab prestasinya (satu-satunya pemain dalam sejarah yang meraih keempat-empat anugerah tersebut pada tahun yang sama). Bersama Roberto Baggio dan Christian Vieri, beliau merupakan penjaring gol terbanyak Itali dalam sejarah Piala Dunia, iaitu dengan menghasilkan sembilan jaringan keseluruhan.

Di peringkat kelab, Rossi merupakan seorang penjaring prolifik untuk kelab Vicenza. Pada 1976, beliau telah diikat oleh Juventus dalam rundingan pemilikan bersama serta mencatatkan rekod perpindahan dunia pada masa itu. Vicenza masih mengekalkan khidmat beliau dan Rossi menjadi penjaring terbanyak Serie B pada 1977 dan membantu pasukannya mara ke Serie A. Pada musim berikutnya, Rossi meledak 24 jaringan gol sekali gus menjadi pemain pertama dinobatkan sebagai penjaring terbanyak di Serie A dan Serie B pada dua musim berturut-turut. Rossi melakukan penampilan sulungnya buat Juventus pada 1981 sebelum melakar beberapa kejayaan seperti dua gelaran Serie A, Coppa Italia, Piala Juara-Juara UEFA, Piala Super UEFA dan Piala Eropah. Dengan menikmati kejayaan di peringkat kelab dan antarabangsa, beliau merupakan salah seorang daripada sembilan pemain yang pernah memenangi Piala Dunia, Liga Juara-Juara Eropah dan Ballon d'Or.

Rossi dianggap sebagai salah seorang pemain Itali terhebat sepanjang zaman. Pada tahun 2004, beliau telah disenaraikan oleh Pelé sebagai antara 125 pemain terhebat sebagai meraikan ulang tahun ke-100 FIFA. Pada tahun yang sama, Rossi berada di kedudukan ke-12 dalam Undian Jubli Emas UEFA. Setelah persaraan, beliau bekerja sebagai pundit untuk Sky, Mediaset Premium dan Rai Sport sehingga beliau meninggal dunia pada 9 Disember 2020.