Pantai Pasir Padi

Pantai Pasir Padi merupakan salah satu pantai di Pulau Bangka. Pantai ini menghadap langsung ke Laut China Selatan. Mempunyai garis pantai sepanjang 300 meter dengan ombak yang tenang, warna pasirnya yang putih dan padat. Kawasan Pantai Pasir Padi merupakan kawasan pelancongan yang berpotensi di Kota Pangkalpinang. Pengunjung dari luar daerah atau mancanegara, baik yang tiba melalui Lapangan Terbang Depati Amir maupun Pelabuhan Pangkalan Balam, boleh langsung melawat pantai ini.