Pantai Padang

Pantai Padang atau lebih dikenali sebagai Taplau (singkatan tapi lauik, bahasa Minang yang bermaksud waterfront) ialah sebuah pantai yang terletak di kota Padang, Sumatera Barat, Indonesia. Pantai ini terletak di kawasan bandar yang padat di Kecamatan Padang Barat, dan memanjang dari Purus hingga muara Batang Arau. Pantai ini terletak kira-kira 23 km dari Lapangan Terbang Antarabangsa Minangkabau atau 30 minit dengan kereta.