Panjang Planck
Dalam bidang fizik, panjang Planck (ℓP) ialah satu unit panjang, bersamaan dengan 1.616 199(97) × 10-35 meter. Ia merupakan unit asas di dalam sistem unit Planck. Panjang Planck boleh ditentukan daripada tiga pemalar fizik asasi: kelajuan cahaya dalam vakum, pemalar Planck, dan pemalar graviti.