Pandemik COVID-19 di Negeri Sembilan

Pandemik COVID-19 di Negeri Sembilan
PenyakitPenyakit koronavirus 2019 (COVID-19)
Baka virusKoronavirus sindrom pernafasan akut teruk 2 (SARS-CoV-2)
Lokasi Negeri Sembilan, Malaysia
Asal wabakWuhan, Hubei, China
Tarikh ketibaan5 Februari 2020
(5 tahun, 8 bulan, 1 minggu dan 2 hari)
Kes yang disahkan124,919
Kes aktif5,421
Sembuh118,156
Kematian
1,342
Kadar kematian&&&&&&&&&&&&&&01.&700001.07%
Wilayah
7 daerah, 55 mukim (Aktif 14 hari)

Pandemik COVID-19 telah mula dikesan di Negeri Sembilan, Malaysia pada 5 Februari 2020.

Dua kes jangkitan pertama di Negeri Sembilan dikesan dalam kalangan rakyat Malaysia yang telah di bawa pulang ke tanah air dari Wuhan, China melalui Misi Bantuan Kemanusiaan pada 4 Februari 2020. Kedua-duanya menerima rawatan di wad isolasi Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban dan berada dalam keadaan stabil. Mereka disahkan sembuh pada 17 Februari 2020.

Kes kematian pertama di Negeri Sembilan pula direkodkan pada 29 Mac 2020 melibatkan seorang perempuan warganegara Malaysia berumur 64 tahun. Beliau mempunyai latar belakang penyakit kencing manis dan darah tinggi. Beliau dirawat di Hospital Tuanku Ja’afar, Negeri Sembilan pada 25 Mac 2020. Beliau disahkan meninggal dunia pada 28 Mac 2020 jam 10.15 malam. Beliau merupakan pesakit kes ke-2123, dan merupakan kes kematian ke-29 di Malaysia.