Pandemik COVID-19 di Maldives
| Pandemik COVID-19 di Maldives | |
|---|---|
| Penyakit | COVID-19 |
| Baka virus | SARS-CoV-2 |
| Lokasi | Maldives |
| Asal wabak | Wuhan, China, menerusi Itali |
| Kes indeks | Kuredu Resort & Spa |
| Tarikh ketibaan | 7 Mac 2020 (5 tahun, 7 bulan dan 5 hari) |
| Kes yang disahkan | 29 |
| Sembuh | 862 |
Kematian | 3 |
| Laman web rasmi | |
| (Inggeris) https://covid19.health.gov.mv/en | |
Pandemik COVID-19 telah disahkan merebak ke Maldives pada 7 Mac 2020 daripada seorang pelancong warga Itali yang telah kembali ke Itali selepas menghabiskan cuti di Kuredu Resort & Spa. Agensi Perlindungan Kesihatan Maldives mengesahkan dua kes di Maldives, kedua-duanya adalah pekerja di resort berkenaan. Berikutan itu, hotel ini dikunci dengan beberapa pelancong yang terkandas di pulau itu. Sehingga 11 Mac, resort pulau Kuredu, Vilamendhoo, Batalaa dan Kuramathi juga diletakkan di bawah kuarantin sementara. Sekolah telah ditutup sebagai langkah berjaga-jaga.