Pandemik COVID-19 di Armenia
| Pandemik koronavirus 2020 di Armenia | |
|---|---|
Kes yang disahkan mengikut wilayah pada 21 April*
1–9 disahkan 10–49 disahkan 50–199 disahkan 200–499 disahkan
* Beberapa wilayah memiliki data yang lebih terkini. | |
| Penyakit | COVID-19 |
| Baka virus | SARS-CoV-2 |
| Lokasi | Armenia |
| Asal wabak | Tehran, Milan |
| Kes indeks | Yerevan |
| Tarikh ketibaan | 1 Mac 2020 (5 tahun, 7 bulan, 1 minggu dan 4 hari) |
| Kes yang disahkan | 2,884 |
| Sembuh | 1,185 |
Kematian | 42 |
| Laman web rasmi | |
| https://ncdc.am/coronavirus/confirmed-cases-by-days/ | |
Pandemik koronavirus 2019–20 seluruh dunia disahkan telah mencapai Armenia pada 1 Mac 2020 sewaktu kes pertamaya disahkan. Penyakit koronavirus 2019 (COVID-19) menyebar ke seluruh wilayah (marz) di Armenia, dan menyebabkan 42 kematian.
Armenia telah menangguhkan perjalanan bebas visa untuk warga China sejak 1 Februari, tidak lama selepas negara tersebut menguatkuasakan rejim bebas visa 90 hari pada 19 Januari. Warta Iran juga tidak lagi menerima visa semasa ketibaan. Selain itu, para penumpang yang berasal dari sebahagian besar Eropah, serta Jepun dan Korea Selatan, dalam. tempoh14 hari, tidak lagi dibenarkan untuk memasuki Armenia. Sempadan Armenia dengan Republik Artsakh juga ditutup dalam rangka mencegah virus tersebut menyebar ke republik yang tidak diiktiraf (sebuah negara yang wilayahnya merupakan bahagian de-jure dari Azerbaijan), yang mengadakan pilihan raya umum pada 31 Mac.
Sebelum virus tersebut disahkan tiba ke Armenia, 118 ujian dilakukan pada Februari dengan hasil negatif. Sehingga kini, Armenia dilaporkan telah melakukan 15.860 ujian, 1.523 diantaranya positif (kes COVID-19 yang disahkan).