Pancharatra Aagama

Pancharatra Aagama (IAST) : Pāñcarātra Āgama) iaitu suatu kelompok khas kesusasteraan agama-falsafah Hindu yang diwarisi secara turun-temurun sejak zaman purba. Perbahasan dalam kalangan sarjana telah timbul sama ada ia merupakan sistem yang selari dan terpisah daripada tradisi Veda, atau sebenarnya kesinambungan daripadanya. Walau bagaimanapun, Yamunacharya (918–1038 M) melalui karyanya Agama-pramanya telah menegaskan keserasian Aagama dengan Veda.

Aagama terbahagi kepada tiga jenis utama: Saiva, Sakta (atau tantra), dan Vaisnava. Agama Pancaratra termasuk dalam kelompok Vaisnava. Satu lagi cabang Vaisnava-agama ialah Vaikhanasa Aagama atau Vaikhanasa Sutra.