Pameran Sedunia

Pameran Sedunia (bahasa Inggeris: World's Expo[sition] atau Universal Exposition bahasa Perancis: Exposition universelle) atau Pesta Sedunia (World Fair) merupakan pameran atau eksposisi besar yang diadakan di seluruh dunia sejak tengah abad ke-19.

Ekspo pertama yang dinamakan "The Great Exhibition" (Pameran Besar) diadakan di Crystal Palace, Taman Hyde, London pada 1851.

Sejak 1928, badan pentadbiran ekspo antarabangsa ialah Biro Pameran Antarabangsa (Bureau International des Expositions).