Palme d'Or

Palme d'Or
Anugerah Palme d'Or untuk Apocalypse Now pada acara festival tahun 1979
JenisCannes Film Festival Awards (en)
LokasiCannes
NegaraPerancis
Disampaikan olehFestival Filem Antarabangsa Cannes
Kali pertama1955
Kini dipegang olehShoplifters (2018)
Tapak web
http://www.festival-cannes.com
sunting · sunting di Wikidata

Palme d'Or [pal-mĕ-dor] ("Daun Pelepah Emas") ialah anugerah tertinggi yang diberikan dalam Festival Filem Cannes. Anugerah ini diperkenalkan oleh jawatankuasa pengurusan pesta filem tersebut sejak tahun 1955 selepas didahulukan oleh Hadiah Besar Pesta Filem Antarabangsa (Perancis: Grand Prix du Festival International du Film) dari tahun 1939 hingga 1954, dan sekali lagi dari tahun 1964 sehingga tahun 1975. Anugerah ini dianggap sebagai penanugerahan yang paling berprestij dalam industri filem secara keseluruhannya.