Palácio do Planalto

 

Istana Planalto
Palácio do Planalto (Portugis)
Kedudukan Plano Piloto di Brasília.
Maklumat umum
JenisIstanakediaman rasmi
Gaya seni binaModen
LokasiPraça dos Três Poderes, Brasília
NegaraBrazil
Koordinat15°47′56.4″S 47°51′39″W 
Ketinggian1,172 m (3,845 ka)
Penyewa terkiniLuis Inacio Lula da Silva, Presiden Brazil
Pembinaan bermula10 Julai 1958
Dirasmikan pada21 April 1960
Diubah suai pada2009–2010
Pelanggan/klienPemerintahan Brazil
PemilikPemerintahan Brazil
Maklumat ketinggian
Tinggi65.65 ka (20.01 m)
Butiran teknikal
Bilangan tingkat
  • 4 (atas tanah)
  • 1 (bawah tanah)
Keluasan tingkat36,000 m2 (390,000 ka2)
Reka bentuk dan seni bina
ArkitekOscar Niemeyer
Jurutera penstrukturanJoaquim Cardozo (en)
Maklumat lain
Letak kenderaan500 kenderaan (bawah tanah)
Tapak web
www.planalto.gov.br
KriteriaBudaya: (i), (iv)
Ditetapkan1987 (sesi ke-11)
Sebahagian daripada
Brasilia
No. rujukan
445
KawasanAmerika Latin dan Caribbean
Warisan Bersejarah Kebangsaan Brazil
sunting · sunting di Wikidata

Palácio do Planalto (sebutan dalam bahasa Portugis: [paˈlasju du plaˈnawtu]) di Brasília ialah tempat kerja rasmi presiden Brazil. Bangunan ini telah direka oleh arkitek Oscar Niemeyer pada 1958 dan dirasmikan pada 21 April 1960. Ia telah menjadi tempat kerja setiap presiden Brazil sejak Juscelino Kubitschek. Ia terletak di Praça dos Três Poderes (Plaza Tiga Kuasa), di sebelah timur Kongres Kebangsaan Brazil dan di seberang Mahkamah Persekutuan Agung.

Ia adalah salah satu istana-istana rasmi Presidensi, bersama-sama dengan Palácio da Alvorada, kediaman rasmi. Selain presiden, pegawai tinggi kerajaan lain juga bekerja dari Planalto, termasuk Naib Presiden dan Ketua Staf; bangunan kementerian kerajaan yang lain terletak di Esplanade Kementerian. Sebagai kerusi pemerintahan, istilah Planalto sering digunakan sebagai metonim bagi cabang eksekutif kerajaan persekutuan.

Bangunan itu, dibina dalam gaya moden, adalah sebahagian daripada Tapak Warisan Dunia Brasília, yang ditetapkan oleh UNESCO pada 1987.