Pakaian seragam tentera

Pakaian seragam tentera ialah pakaian standardise yang dipakai oleh anggota angkatan tentera dan separa tentera dari pelbagai negara.

Pakaian dan gaya tentera telah melalui perubahan ketara selama berabad-abad, dari pakaian berhias berwarna-warni dan kemas sehingga abad ke-19, kepada pakaian seragam celoreng utiliti untuk tujuan medan dan tempur dari Perang Dunia I (1914–1918) seterusnya. Pakaian seragam tentera dalam bentuk baju standardise dan khusus, bertujuan untuk identifikasi dan peragaan, biasanya merupakan tanda teratur pasukan tentera yang dilengkapi oleh pihak berkuasa pusat.

Pakaian seragam tentera berbeza bukan sahaja mengikut unit tentera tetapi cenderung ditawarkan dalam tahap formaliti yang berbeza mengikut kod berpakaian Barat: pakaian istiadat bagi pakaian formal, mess kit bagi separuh formal, pakaian khidmat bagi pakaian tidak formal, dan pakaian tempur (juga dipanggil "pakaian celoreng") yang menyamai pakaian kasual. Turut ditambah ke kategori pemakaian kasual ialah pakaian latihan fizikal.