Pakaian dalam

Pakaian dalam merupakan pakaian yang dipakai di bawah pakaian lain, sering kali bersentuhan dengan kulit sekaligus berlapik menjauhkan pakaian luar daripada dikotorkan peluh, kencing, mani, najis, dan kotoran lain; membentuk tubuh; dan memberikan sokongan pada sebahagian darinya. Dalam cuaca sejuk, pakaian dalam panjang kadang-kala dikenakan bagi memberikan kepanasan tambahan. Sesetengah pakaian dalam bertujuan memberik eksan berahi. Jenis pakaian dalam tertentu memiliki kepentingan keugamaan. Sesetengah jenis pakaian diistilahkan sebagai pakaian dalam, sementara yang lain, seperti T-shirt dan seluer pendek tertentu, adalah sesuai sebagai pakaian dalam dan pakaian luar. Jika dihasilkan dari bahan yang sesuai, sesetengah pakaian dalam juga digunakan sebagai pakaian malam dan baju mandi.

Pakaian dalam yang biasa dipakai oleh wanita kini termasuk coli dan seluar dalam wanita, sementara lelaki mengenakan briefs atau boxers. Pakaian yang biasa dipakai oleh kedua jantina termasuk kemeja T, baju sangkut (juga dipanggil singlet), bikini, Thong, dan G-string.