Paetongtarn Shinawatra

Paetongtarn Shinawatra
RThBh
แพทองธาร ชินวัตร
Paetongtarn pada tahun 2023
Perdana Menteri Thailand
Dalam jawatan
16 Ogos 2024  – 29 Ogos 2025
RajaVajiralongkorn
TimbalanPhumtham Wechayachai
Didahului olehPhumtham Wechayachai (pemangku)
Pemimpin Parti Pheu Thai
Menyandang jawatan
27 Oktober 2023
Didahului olehChusak Sirinil (pemangku)
Maklumat peribadi
Lahir (1986-08-21) 21 Ogos 1986
Bangkok, Thailand
Parti politikPheu Thai
PasanganPitaka Suksawat
(k. 2019)
Anak2
Ibu bapaThaksin Shinawatra (bapa)
Saudara
Pendidikan
Pekerjaan
Tandatangan
Nama panggilanUng Ing (อุ๊งอิ๊ง)

Paetongtarn Shinawatra RThBh (Bahasa Thai: แพทองธาร ชินวัตร; RTGSPhaethongthan Chinnawat; disebut [pʰɛ̄ː.tʰɔ̄ːŋ.tʰāːn tɕʰīn.nā.wát]; lahir 21 Ogos 1986) ialah seorang ahli politik dan ahli perniagaan Thailand yang merupakan Perdana Menteri Thailand ke-31 sejak 16 Ogos 2024 sehingga digantung tugas sejak 1 Julai 2025. Beliau telah menjadi pemimpin Parti Pheu Thai sejak 2023. Paetongtarn ialah anak perempuan bongsu Thaksin Shinawatra yang merupakan Perdana Menteri dari 2001 hingga 2006. Beliau juga ialah anak saudara Yingluck Shinawatra yang merupakan Perdana Menteri dari 2011 hingga 2014. Paetongtarn ialah perdana menteri termuda Thailand dan wanita kedua memegang jawatan itu selepas ibu saudaranya.