Padmaavat
| Padmaavat | |
|---|---|
| Pengarah | Sanjay Leela Bhansali |
| Penulis |
|
| Cerita oleh | Malik Muhammad Jayasi |
| Berdasarkan | Padmavat oleh Malik Muhammad Jayasi |
| Dihasilkan oleh |
|
| Dibintangi | |
| Sinematografi | Sudeep Chatterjee |
| Disunting oleh |
|
| Muzik oleh |
|
Syarikat penerbitan |
|
| Diedarkan oleh |
|
Tarikh tayangan |
|
Masa tayangan | 163 minit |
| Negara | India |
| Bahasa | Hindi |
| Bajet | ₹215 crore (AS$33 million) |
| Pecah panggung | ₹585 crore (AS$89.8 million) |
Padmaavat merupakan sebuah filem epik dan sejarah India tahun 2018 yang diarahkan oleh Sanjay Leela Bhansali. Sedikit sebanyak berdasarkan sajak epik Padmavat oleh Malik Muhammad Jayasi, ia dibintangi oleh Deepika Padukone sebagai Rani Padmavati, seorang permaisuri Rajput yang cantik dan juga merupakan isteri kepada Maharawal Ratan Singh, lakonan Shahid Kapoor. Watak Sultan Alauddin Khilji, pula dipegang oleh Ranveer Singh, selain turut menampilkan pelakon seperti Aditi Rao Hydari, Jim Sarbh, Raza Murad, dan Anupriya Goenka sebagai watak pembantu.
Dengan bajet produksi sebanyak Templat:Indian rupee2.15 bilion (AS$32 juta), Padmaavat merupakan salah satu filem termahal India. Pada awalnya, ia dicadang untuk ditayangkan pada 1 Disember 2017, namun Padmavat berhadapan dengan pelbagai kontroversi sehingga memaksa penayangannya ditangguhkan. Pada bulan Disember, Lembaga Pusat Pensijilan Filem India telah meluluskan filem ini dengan beberapa perubahan termasuklah memasukkan beberapa penafian dan perubahan judul. Padmaavat telah dijadualkan semula untuk tayangan pada 25 Januari 2018 dalam format 2D, 3D dan IMAX 3D, menjadikan ia filem India pertama dalam format IMAX 3D.
Padmaavat menerima kritikan bercampur. Pujian diberikan keatas visual, sinematografi dan lakonan Ranveer Singh sebagai Khilji, namun dikritik mengenai beberapa perkara termasuk aspek dalam adat istiadat patriarki regresif. Pengkritik juga tidak menyukai watak Khilji yang sering digambarkan sebagai raja Islam yang kejam dan Ratan Singh sebagai raja Hindu yang adil. Walaupun tidak ditayangkan di beberapa buah negeri dalam India, ia mencatat keuntungan melebihi Templat:Indian rupee5.85 bilion (AS$87 juta) menjadikannya salah satu filem India dengan pendpatan tertinggi sepanjang masa.