Pachycephalidae

Pachycephalidae
Sambar Siul Rufous (Pachycephala rufiventris)
Pengelasan saintifik
Domain: Eukaryota
Alam: Haiwan
Filum: Chordata
Kelas: Aves
Order: Passeriformes
Superkeluarga: Corvoidea
Keluarga: Pachycephalidae
Swainson, 1831
Subfamili
  • Pachycephalinae

Pachycephalidae adalah saatu keluarga spesies burung sambar siul, murai batu-cekup, dan tiga spesies pitohui, dan merupakan sebahagian daripada radiasi burung penyanyi Australia-Papua purba. Anggotanya mempunyai saiz kecil hingga sederhana, dan mendiami kebanyakan kawasan Australasia. Australia dan New Guinea merupakan pusat kepelbagaian mereka dan bagi kes sambar-siul, pulau-pulau Pasifik Selatan sejauh Tonga dan Samoa dan sebahagian Asia sejauh India. Sempadan sebenarnya tidak dapat dipastikan, dan satu spesies, Sambar Siul Emas, menjadi satu subjek pemerhatian taksonomi yang kerap dilakukan sejak beberapa tahun lepas kerana beberapa pindaan tahap spesies dan subspesies.