POSIX
Antara Muka Sistem Pengendalian Mudah Alih (POSIX) ialah keluarga pemiawaian yang ditetapkan oleh Persatuan Komputer IEEE untuk mengekalkan keserasian antara sistem pengendalian. POSIX mendefinisikan antara muka pengaturcaraan aplikasi (API), bersama-sama dengan cengkerang baris perintah dan antara muka utiliti, untuk keserasian perisian dengan varian UNIX dan sistem operasi lain.