Petroleum Sarawak

Petroleum Sarawak Berhad
பெட்ரோலியம் சரவாக்
Jenis/bentuk sahSyarikat milik negeri
IndustriMinyak dan gas
Ditubuhkan6 Mac 2018 (2018-03-06)
PengasasAbang Johari Openg
Ibu pejabatMalaysia 
Kawasan perkhidmatanSarawak
Tokoh pentingTan Sri Datuk Amar Hamid Bugo, Pengerusi
Saau Kakok, CEO
KeluaranPetroleum, gas asli
PemilikKerajaan Negeri Sarawak
Tapak webwww.petroleumsarawak.com
sunting · sunting di Wikidata

Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) ialah sebuah syarikat minyak dan gas Malaysia milik negeri Sarawak yang dimiliki oleh Kerajaan Negeri Sarawak.

Ketika Majlis Berbuka Puasa Lan Berambeh 2017 Pusat Dagangan Dunia Putra, Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Abang Abdul Rahman Zohari Tun Abang Haji Openg, mengumumkan bahawa Sarawak bakal menubuhkan satu syarikat cari gali minyak dan gas milik negeri.

Pada 4 Julai 2017, Ketua Menteri Abang Johari Openg mengumumkan bahawa Sarawak di tengah-tengah menubuhkan firma cari gali minyak dan gas sendiri yang akan menjadi milik negeri Sarawak sebanyak 100 peratus dan akan bergerak bersama perbadanan minyak negara Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) pada dasar yang sama. Ia akhirnya ditubuhkan pada Ogos 2017.

Kerajaan negeri Sarawak menyasar PETROS beroperasi menjelang suku pertama tahun 2018 dan menjadi pemain aktif dalam industri minyak dan gas menjelang tahun 2020.