PENTTBOM
PENTTBOM ialah nama kod bagi usaha penyiasatan Biro Penyiasatan Persekutuan ke atas serangan pengganas terhadap Bandar Raya New York dan Washington, D.C., iaitu siasatan jenayah yang terbesar dalam sejarah Amerika Syarikat. PENTTBOM merupakan singkatan untuk Pentagon/Twin Towers Bombing Investigation (Siasatan Pengeboman Pentagon/Menara Berkembar). Siasatan ini dilancarkan pada 11 September 2001 dan melibatkan 7,000 daripada 11,000 ejen khas FBI.