JF-17 Thunder
| JF-17 Thunder FC-1 Fierce Dragon | |
|---|---|
|
| |
| Peranan | JF-17A Blok I: Pesawat pejuang serang JF-17B Blok II: Pesawat pejuang serang multirol JF-17C Blok III: Pesawat pejuang multirol keunggulan udara |
| Pengeluar | Perbadanan Industri Pesawat Chengdu (PIPC) Kompleks Penerbangan Pakistan (KPP) |
| Penerbangan sulung | 25 Ogos 2003 |
| Diperkenalkan | 12 Mac 2007 |
| Status | Beroperasi dengan Tentera Udara Pakistan sejak 18 Februari 2010, sedang menjalani pembangunan avionik dan radar. |
| Pengguna utama | Angkatan Udara Tentera Pembebasan Rakyat Tentera Udara Pakistan |
| Dikeluarkan | China: Jun 2007–kini Pakistan: Januari 2008–kini |
| Jumlah dibina | 166+ |
| Kos seunit | AS$ 15 juta (anggr.) |
PAC JF-17 Thunder (Urdu: تھنڈر), juga dikenali sebagai Chengdu FC-1 Fierce Dragon (Tulisan Cina Ringkas 枭龙, Tulisan Cina Tradisional 梟龍, pinyin:Xiāo Lóng) di China, merupakan sebuah pesawat tempur pelbagai peranan, satu tempat duduk yang dibangunkan secara bersama oleh China dan Pakistan. Designasi "JF" dan "FC" masing-masing merujuk kepada "Joint Fighter" dan "Fighter China". Dua buah pesawat pertama telah diserahkan kepada Tentera Udara Pakistan pada 12 Mac 2007. JF-17/FC-1 direka sebagai sebuah pesawat berkos rendah yang memenuhi keperluan taktikal dan strategik tentera udara di negara-negara membangun. Pada 22 Januari 2008, Pakistan telah memulakan siri pengeluaran pesawat di Kompleks Penerbangan Pakistan, Kamra.