P Uthayakumar

P. Uthayakumar
Kelahiran
Uthayakumar a/l Ponnusamy

(1961-11-07) 7 November 1961
WarganegaraMalaysia
Nama lainUthaya
PekerjaanPeguam
Ahli lembagaHINDRAF
Ibu bapaPonnusamy a/l Arunasalam
SaudaraP. Waytha Moorthy, P. Waytha Nayagi

Uthayakumar a/l Ponnusamy (lahir 7 November 1961) atau lebih dikenali sebagai P Uthayakumar merupakan pemimpin Barisan Bertindak Hak-hak Hindu atau Hindraf. Polis PDRM menahan Uthayakumar, M Manoharan dan K Vasantha Kumar kerana mengadakan tunjuk perasaan di Jalan Ampang, Kuala Lumpur dan Batu Caves pada 25 November 2007.

Mereka tidak didakwa di mana-mana mahkamah di Malaysia. Oleh itu butiran kesalahan sebenar mereka tidak diketahui. Pihak keselamatan menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri untuk menahan mereka tanpa perlu bersiap-sedia menyediakan bukti-bukti dan sebarang saksi.

Pada 8 Mei 2009, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengumumkan pembebasan 13 orang tahanan ISA termasuklah Uthayakumar.