Republic P-47

P-47 Thunderbolt
Sebuah pesawat Republic P-47 yang masih dijaga dengan baik.
Peranan Pejuang / Pengebom
Pengeluar Republic Aviation
Direka oleh Alexander de Seversky
Alexander Kartveli
Penerbangan sulung 6 Mei 1941
Mula digunakan 1942
Dihentikan 1955, Pengawal Udara Kebangsaan A.S
Pengguna utama Tentera Udara Amerika Syarikat
Jumlah dibina 15,686
Kos seunit AS$ 85,000 pada tahun 1945

Republic P-47 Thunderbolt, juga dikenali sebagai "Jag" adalah sebuah pesawat pejuang terbesar, terberat dan termahal dalam sejarah yang dijanakuasa oleh hanya satu enjin omboh. Ia merupakan salah sebuah pesawat pejuang utama dalam Angkatan Udara Tentera Darat Amerika Syarikat (USAAF) semasa Perang Dunia II. Pesawat ini turut juga digunakan oleh pasukan tentera udara Pihak Bersekutu yang lain. P-47 bukan hanya sangat berkesan dalam pertempuran udara ke udara, tetapi juga terbukti pakar dalam serangan darat. Ia memiliki lapan mesingan berkaliber .50, empat buah pada setiap sayapnya. Sekiranya memiliki muatan penuh, P-47 boleh mencapai berat sehingga lapan tan. Pesawat setaranya di zaman moden iaitu A-10 Thunderbolt II, mendapat namanya daripada P-47.