P-39 Airacobra

P-39 Airacobra
USAAF P-39F-1BE 41-7224 c/n 15-563
(7224 ke RFC di Bandar Ponca, OK, 12 Disember 1944)
Peranan Pesawat pejuang
Pengeluar Bell Aircraft
Penerbangan pertama 6 April 1938
Diperkenalkan 1941
Status Dibersarakan
Syarikat penerbangan utama Pasukan Udara Tentera Darat Amerika Syarikat
Tentera Udara Soviet
Tentera Udara Diraja
Dikeluarkan 1940-Mei 1944
Jumlah dibina 9,584
Kos unit AS$ 50,666 pada 1944
Variasi XFL Airabonita
P-63 Kingcobra

Bell P-39 Airacobra adalah sebuah pesawat pejuang utama buatan Amerika Syarikat yang digunakan pada permulaan Perang Dunia II. Ia merupakan pesawat pejuang pertama dalam sejarah yang menggunakan tiga buah giar pendaratan dan pesawat pertama yang mana enjinnya dipasang di tengah-tengah fiuslaj, di belakang juruterabng. Meskipun begitu, rekabentuk P-39 dicacatkan dengan kekurangan supercas turbo yang cekap, menghadkan kerja aras rendahnya. P-39 telah digunakan dengan kejayaan besar oleh Tentera Udara Soviet, yang mana mendapat jumlah tertinggi dalam kemenangan individu berbanding dengan mana-mana jenis pesawat A.S lain. Pengguna penting lain adalah Perancis Bebas dan Tentera Udara Itali. Bersama-sama dengan pesawat terbitan P-63 Kingcobra, pesawat ini menjadi pesawat kepak kaku yang paling berjaya yang dikilangkan oleh Bell.