Pál Schmitt

Pál Schmitt
Presiden Hungary
Dalam jawatan
6 Ogos 2010 – 2 April 2012
Perdana MenteriViktor Orbán
Didahului olehLászló Sólyom
Digantikan olehLászló Kövér
Speaker Perhimpunan Kebangsaan
Dalam jawatan
14 Mei 2010 – 5 Ogos 2010
Didahului olehBéla Katona
Digantikan olehLászló Kövér
Maklumat peribadi
Lahir (1942-05-13) 13 Mei 1942
Budapest, Hungary
Parti politikFidesz
PasanganKatalin Makray
Bidang pengkhususanPemain pedang
Tandatangan

Pal Schmitt (lahir 13 Mei 1942 di Budapest) ialah seorang ahli politik dan ahli sukan Hungary yang menjadi Presiden Hungary antara Ogos 2010 dan April 2012. Beliau mendapat sokongan daripada Perikatan Parti Rakyat Demokratik Kristian - Fidezs.

Schmitt dahulunya aktif sukan dan merupakan pemenang dua pingat emas di Sukan Olimpik dalam acara bermain pedang. Selain itu beliau merupakan diplomat.

Schmitt (68) menang dalam pilihan raya Parlimen Eropah di Hungary 2009 sebagai Ahli Parlimen Eropah melalui Hungary Civic Union - Fidesz. Schmitt juga dipilih sebagai Naib Presiden Parlimen Eropah, satu jawatan di mana dia menggantikan László Tőkés. Schmitt menjadi pengerusi Delegasi Kesatuan Eropah ke Croatia. Pada 14 Julai 2009, beliau dipilih sebagai salah seorang daripada 14 Timbalan Presiden Parlimen Eropah.

Akibat daripada tuduhan salah laku akademik, Senat Universiti Semmelweis menarik balik ijazah Dr. Univ.nya pada 29 Mac 2012. Pada 2 April, Schmitt mengumumkan kepada Parlimen Hungary perletakan jawatannya sebagai Presiden.