Otobreda 127/64

Meriam laut ringan Otobreda 127/64
FREMM Bergamini F590 dengan meriam 127/64
JenisMeriam laut
Tempat asalItali
Sejarah pengeluaran
PerekaOto Melara
Direka2005
PengeluarOto Melara
Dihasilkan2012
Spesifikasi
BeratKosong: 17 t (37,000 lb)
Panjang laras320 in (8.1 m)

Shel127 mm (5.0 in)
Berat Shel29 hingga 31 kg (64 hingga 68 lb)
Kaliber127 mm
Kadar tembakan32 rpm
Halaju muncung808 m/s (2,650 ft/s)
Jarak tembakan efektif30 km (19 bt) VULCANO: 70–120 km (43–75 bt)
Jarak tembakan maksimum120 km (75 bt)

Templat:Externalimage

Oto Melara 127/64 adalah sebuah artileri laut ringan, tembakan pantas yang sesuai untuk dipasang pada kapal-kapal bersaiz kecil dan sederhana. Ia juga boleh didapati untuk versi pertahanan pantai yang bertujuan untuk memberi sokongan tembakan ke laut dan tembakan permukaan sebagai peranan utama dan tembakan anti pesawat dalam peranan sekunder. Sistem suapan meriam yang kompak menjadikan ia boleh dipasang pada bahagian sempit di atas kapal.

Meriam ini boleh menggunakan semua peluru standard 127 mm (5 inci) termasuk amunasi terpandu jarak jauh, Vulcano.

Rekabentuk kelopak dengan suapan modular membolehkan ia untuk memilih dan melepaskan tembakan sehingga 4 jenis amunisasi berbeza; kelopaknya (4 dram, setiap satu dengan peluru yang telah sedia untuk ditembak manakala 13 butir lagi dalam stor) boleh disuapkan semasa ia masih digunakan.