Oshima Yuko
Oshima Yuko | |
|---|---|
| Maklumat latar belakang | |
| Juga dikenali sebagai | Chris (コリス Korisu) |
| Kelahiran | 17 Oktober 1988 Mibu, Tochigi |
| Warganegara | Jepun |
| Genre | J-pop |
| Pekerjaan | Pelakon, penyanyi, seiyu, pelakon kanak-kanak dan model |
| Alat muzik | Suara dan gitar bes |
| Tahun aktif | 1996 |
| Syarikat rakaman | King Records |
| Anggota bagi | AKB48 (–2014) |
| Kegiatan berkaitan | Angel Eyes AKB48 Doll's Vox Not Yet |
| Anggota keluarga/pasangan | |
| Suami/isteri | Kento Hayashi |
| Pautan berkaitan | |
| Tapak sesawang | o-yuko.jp |
| Pautan lain | |
| sunting · sunting di Wikidata | |
Oshima Yuko ialah seorang penyanyi Jepun dan bekas model idola gravur (bekas U-15). Dia ialah bekas anggota Doll's Vox dan sekarang ialah anggota Team K AKB48.
Yuko secara konsistennya telah diberi peranan penting dalam album single AKB48 dan video muzik (PV). Dalam PV Aitakatta (yang merupakan penyertaan pertama kalinya), kelihatan Yuko dan Takahashi Minami berlari melalui sebuah bandar untuk menemui seorang teman yang dilakonkan oleh Maeda Atsuko. Dalam single Seifuku ga Jama wo Suru, Yuko diberikan bait-bait solo pertamanya untuk lagu bahagian A yang menampilkannya berlegar-legar di jalanan di Shibuya. Dalam Keibetsu Shiteita Aijou, dia melakonkan watak kawan terganggu kepada seorang mangsa buli (yang dilakonkan Miyazawa Sae), dan dalam BINGO!, Yuko kelihatan sebagai seorang tahanan dalam sebuah kapal lanun bersama-sama anggota AKB48 yang lain terutamanya penyanyi-penyanyi utama single ini. Pada 8 Mei 2013, beliau telah mendapat tempat ke-2 dalam pilihan raya senbatsu yang ke-5 yang diadakan di Stadium Nissan.
Kini, Yuko menjadi kapten Team K.