Oruç Reis
| Oruç Reis | |
|---|---|
Barbarossa, litograf oleh Charles-Etienne Motte, berdasarkan lukisan oleh Achille Deveria. | |
| Nama samaran | Barbarossa Jambang merah Baba Oruç |
| Kelahiran | c. 1474 Midilli, Empayar Uthmaniyyah |
| Meninggal dunia | Mei 1518 Tlemcen, Eyalet Algeria |
| Kesetiaan | Empayar Uthmaniyah |
| Tahun perkhidmatan | s. 1495–1518 |
| Pangkat | Kapten |
| Tugas lain | Bey Algiers |
Oruç Reis (Turki: Oruç Reis; Arab: عروج الريس; Sepanyol: Arrudye; s. 1474–1518) adalah seorang bey (gabenor) di Algiers dan beylerbey (ketua gabenor) Uthmaniyyah di Mediterranean Barat, dan juga merupakan abang kepada Hayreddin Barbarossa. Beliau telah dilahirkan di pulau Midilli, Uthmaniyah (Lesbos dalam negara moden Greece) dan meninggal dunia dalam satu pertempuran dengan Sepanyol di Tlemcen, Eyalet Algeria, empayar Uthmaniyah.
Beliau dikenali sebagai Baba Oruç atau Baba Aruj (Bapa Oruç) apabila beliau mengangkut sejumlah besar pelarian Morisco, Muslim dan Yahudi daripada Sepanyol ke Afrika Utara; beliau juga dikenali dalam cerita penglipur lara di Eropah sebagai Barbarossa (yang bermakna Jambang Merah dalam bahasa Itali).