Orix Buffaloes

Orix Buffaloes
オリックス・バファローズ
Fail:Orix Buffaloes (logo).svg
Logo pasukan Lencana topi
Maklumat
LigaNippon Professional Baseball
Liga Pasifik (1950–kini)
Japanese Baseball League (1936–1949)
LokasiHQ di Nishi-ku, Osaka, Wilayah Osaka, Jepun
StadiumKyocera Dome Osaka
Hotto Motto Field Kobe
Tahun penubuhan23 Januari 1936 (1936-01-23)
Pennant PL15 (1967, 1968, 1969, 1971, 1972, 1975, 1976, 1977, 1978, 1984, 1995, 1996, 2021, 2022, 2023)
Kejuaraan Japan Series5 (1975, 1976, 1977, 1996, 2022)
Nama lama
  • Orix BlueWave (1991–2004)
  • Orix Braves (1989–1990)
  • Hankyu Braves (1947–1988)
  • Hankyu Club (1936–1946)
Stadium lama
  • Hankyu Nishinomiya Stadium (1937–1990)
  • Takarazuka Stadium (1936)
WarnaHitam, emas, putih
              
MaskotBuffalo Bull dan Buffalo Bell
Kemunculan playoff9 (1973, 1974, 1975, 1977, 1979, 2008, 2014, 2021, 2022)
PemilikanYoshihiko Miyauchi
PengurusanOrix
PengurusSatoshi Nakajima
Seragam

Orix Buffaloes (オリックス・バファローズ, Orikkusu Bafarōzu) merupakan pasukan Nippon Professional Baseball yang terbentuk hasil penggabungan pasukan Orix BlueWave dari Kobe dan pasukan Osaka Kintetsu Buffaloes dari Osaka pada tahun 2004. Pasukan ini beraksi di Liga Pasifik dan kini ia di bawah pemilikan Orix, iaitu syarikat kewangan yang berpangkalan di Osaka.

Pasukan gabungan ini mula beraksi pada tahun 2005. Pasukan Buffaloes mengasingkan perlawanan sebagai tuan rumah antara Kyocera Dome Osaka, yang menjadi gelanggang asal pasukan Buffaloes dan Kobe Sports Park Baseball Stadium, stadium lama BlueWave ketika pasukan Hanshin Tigers perlu menggunakan Kyocera Dome. Gelanggang utama mereka, Stadium Koshien Hanshin digunakan untuk dua Kejohanan Sekolah Tinggi di Jepun yang menyebabkan ia bertindih dengan perlawanan pembukaan musim dan aksi pada bulan Ogos.

Sehingga tahun 2022, rekod sepanjang zaman pasukan ini ialah 5,543–5,297–410 (.511).