Orientalisme (karya)


Orientalism
Umum
PengarangEdward Said
NegaraAmerika Syarikat
BahasaBahasa Inggeris
SubjekKajian pasca-kolonial
GenreBukan cereka
Penerbitan
PenerbitVintage Books
Tarikh penerbitan
1978
Jenis media
Cetak (Kulit lembut)
Kawalan kewibawaan
ISBNISBN ISBN 0-394-74067-X Invalid ISBN
OCLC4831769
950/.07/2
LCCDS12 .S24 1979

Orientalisme (Bahasa Inggeris: Orientalism) ialah judul sebuah buku karya Edward Said yang diterbitkan dalam tahun 1978. Buku ini amat berpengaruh dan berkontroversi dalam bidang kajian pasca-kolonisme dan juga bidang-bidang lain. Dalam buku, Said dengan berkesannya mentakrif semula istilah Orientalisme sebagai mempunyai makna gagasan anggapan palsu yang melandasi sikap dunia Barat terhadap Timur Tengah. Himpunan kesarjanaan ini ditandai sikap prasangka bertumpuan Eropah yang "halus dan berterusan terhadap bangsa-bangsa Arab-Islam dan kebudayaan mereka." Beliau menyatakan bahawa amalan yang mengajukan gambaran romantik dalam kebudayaan Barat tentang Asia dan Timur Tengah bertindak sebagai alasan yang tersirat dalam cita-cita imperial dan kolonial Eropah dan Amerika Syarikat. Tidak ketinggalan juga, beliau mengecam resam kumpulam elit Arab yang menyerapi idea-idea para Orientalis British dan AS tentang kebudayaan Arab.

Dari sudut pandangan AS, ia hanya sedikit kenyataan lampau jika dikatakan bahawa orang Muslim dan Arab tidak lebih daripada pembekal minyak atau bakal pengganas. Sangat sedikit perincian, kepadatan kemanusiaan, keghairahan kehidupan Arab-Muslim yang menyusupi kesedaran pelapor, termasuklah kesedaran mereka yang kerjayanya melaporkan kehidupan dalam dunia Arab. Apa yang kita ada ialah siri karikatur kasar dan pokok berkaitan dunia Islam yang disampaikan dalam cara yang memudahkan pendedahan dunia kepada tindakan agresi ketenteraan.

— Edward Said, The Nation