Organisation armée secrète

Organisation armée secrète (disingkatkan kepada OAS, "Pertubuhan Tentera Rahsia") merupakan sebuah pergerakan paramiliter sayap kanan Perancis sewaktu berlangsungnya Perang Kemerdekaan Algeria (1954–62). Pertububan ini melaksanakan serangan pengganasan termasuk pengeboman dan pembunuhan sasaran tertentu demi mengelakkan tindakan Algeria memerdekakan diri dari kuasa jajahan Perancis. Motto organisasi ini ialah L’Algérie est française et le restera ("Algeria milik Perancis dan akan kekal [milik Perancis]").