Orang Melayu Palembang
Uwong Pelémbang أووڠ ڤليمباڠ | |
|---|---|
Pasangan pengantin yang memakai songket, resam Melayu Palembang | |
| Jumlah penduduk | |
| ± 5,000,000 | |
| Kawasan ramai penduduk | |
| Indonesia (Sumatera Selatan) Malaysia Brunei | |
| Kawasan pentadbiran | |
| Palembang | 4,000,000 |
| Bahasa | |
| |
| Agama | |
Orang Melayu Palembang (bahasa Melayu Palembang: Uwong Pelémbang Jawi: ملايو ڤلامبڠ) atau Suku Palembang ialah sebuah suku Melayu di Indonesia yang mempunyai asal-usul daripada wilayah Palembang yang berada di Sumatera Selatan. Sebanyak dalam anggaran 4 juta orang yang beretnik Melayu Palembang yang tinggal di Sumatera Selatan, Lampung dan kawasan-kawasan lain di Indonesia. Suku Melayu Palembang telah menganuti unsur dari pelbagai budaya bangsa seperti Arab, Cina, India dan Jawa kerana dahulu kala Palembang merupakan tempat pusat perdagangan antarbangsa, sehingga Palembang menghasilkan budaya dan bahasa yang unik. Sehari-hari, orang Palembang menggunakan Bahasa Melayu Palembang. Orang Palembang adalah salah satu sub-etnik terpenting dalam kebudayaan Melayu.