Orang Besar Jajahan

Orang Besar Jajahan ialah gelaran dan jawatan kumpulan pembesar setiap daerah di Perak, Malaysia. Mereka dipilih dan dilantik oleh Sultan Perak untuk mewakili istana dalam segala urusan berkaitan di setiap daerah yang diamanahkan kepada mereka. Antara tugas Orang Besar Jajahan ialah menjalankan segala titah perintah Sultan Perak yang berkaitan dengan urusan pentadbiran kerajaan, agama Islam, adat Melayu serta kebajikan rakyat jelata dengan menganggotai pelbagai pertubuhan dan sebagainya.