Orang Bawean

5°46′S 112°40′E / 5.767°S 112.667°E / -5.767; 112.667

Masyarakat Melayu di Melaka dan Malaysia secara umum lebih mengenali masyarakat Bawean (Boyan) dari pulau Bawean dan pada pandangan mereka orang-orang Boyan merupakan mereka yang rajin bekerja dan sanggup membuat kerja kasar seperti pemandu kereta atau tukang kebun (kephun dalam bahasa Bawean).

Orang-orang Bawean merupakan satu kelompok kecil sebahagian dari masyarakat Melayu dagang yang berasal dari Pulau Bawean yang terletak di Laut Jawa antara dua pulau yang besar iaitu Pulau Borneo di utara dan Pulau Jawa di selatan. Orang Bawean dan orang Melayu di Malaysia berasal dari satu rumpun yang sama iaitu rumpun Melayu dan tidak terdapat perbezaan yang ketara antara orang Melayu dengan orang Bawean kerana tidak ada perbezaan warna kulit, mempunyai persamaan agama iaitu agama Islam dan kerana asimilasi mereka dengan masyarakat Melayu.