Orang Asing (album Wings)

Orang Asing
Album studio oleh
Dilancarkan pada18 September 1995
Dirakamkan padaTwin Studio - Rediffussion
TempatMalaysia
GenreRock, Hard Rock
BahasaBahasa Melayu Malaysia
SyarikatFly-Wings Sdn Bhd
PengedarBMG Music Sdn Bhd
PenerbitJoe Wings
PenyusunWings
Kronologi Wings
Bazooka Penaka
(1993)
Orang Asing
(1995)
Biru Mata Hitamku
(1996)
sunting · sunting di Wikidata

Orang Asing adalah album studio keenam oleh Kumpulan Wings. Album ini menampilkan Mel sebagai penyanyi baru selepas Awie mengundurkan diri manakala Black kembali menyertai Wings sebagai pemain dram selepas mengundurkan diri pada 1990. Antara lagu-lagu hits adalah Lena Diulit Intan, Ranjang Mawar, Rayuan Terakhir dan Semalam Yang Hangat. Menurut Majalah Variapop bertarikh 1 Disember 1995, album ini telah terjual sebanyak 60,000 unit setakat 15 Oktober 1995. Untuk pembikinan album ini, album dirakamkan di Twin Studio - Redifussion, Petaling Jaya dan proses mastering pula dijalankan di Studio 301, Australia.