Operasi Fajar 8: Teluk Aden

Operasi Fajar 8: Teluk Aden
Sebahagian daripada Lanun perairan Somalia

Anggota PASKAL mengawal lanun selepas bertempur di atas kapal Bunga Laurel.
Tarikh20 Januari 2011
Lokasi
300 batu nautika dari pelabuhan tenggara Muscat, Oman, berhampiran Teluk Aden
Keputusan TLDM berjaya
23 krew kapal diselamatkan.
Pihak yang terlibat
Tentera Laut Diraja Malaysia Lanun Somalia
Komandan dan pemimpin
Komander Nazri Bin Sharif
Leftenan Komander Mohd Maznan Bin Mohd Said
Leftenan Noor Asri Bin Roslan
Lt. Jason Solomon John
Ahmed Othman Jamal
Abdil Eid Hasan
Kekuatan
MT Bunga Mas Lima
1 helikopter tempur
21 anggota PSSTLDM-MISC
14 anggota Pasukan Khas Laut
1 bot laju
7~18 lanun
Kerugian dan korban
Tiada 3 cedera
4 ditangkap
Korban dan kehilangan
Tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Operasi Fajar 8: Teluk Aden merupakan operasi ketenteraan oleh Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) terhadap lanun Somalia di Laut Arab pada 20 Januari 2011, sehari sebelum dan dua hari operasi yang sama oleh Tentera Laut Republik Korea (18 Januari - 21 Januari). Dalam kejadian rampasan kapal dagang yang berlaku kira-kira 300 batu nautika timur negara Oman pada pukul 11.40 malam, Pasukan Perlindungan Kapal Malaysia telah menghantar sebuah helikopter penyerang dan 14 anggota komando TLDM dengan menggunakan dua buah bot tempur untuk menawan semula kapal dan menyelamatkan krew kapal. Selepas dua jam menghampiri kapal dagang tersebut, pihak TLDM berjaya menawan kembali kapal tersebut pada 20 Januari 2011 yang mengakibatkan tiga lanun cedera dalam pertempuran manakala empat lagi berjaya ditahan.