Operasi Cakar Helang

Operasi Cakar Helang
Sebahagian daripada Krisis Tebusan Iran

Pandangan bangkai di pangkalan Desert One di Iran.
Tarikh24 April - 25 April 1980
Lokasi
Tabas, Iran
Keputusan Gagal (cubaan menyelamatkan tebusan tidak berjaya); misi dibatalkan dengan kehilangan nyawa.
Pihak yang terlibat
 Amerika Syarikat Iran
Komandan dan pemimpin
Mej. Jen. James B. Vaught
Kol. James H. Kyle
Kol. Charles A. Beckwith
Kerugian dan korban
8 mati
4 cedera
tiada

Kehilangan orang awam: 1 mati

44 ditawan

Operasi Cakar Helang (atau Operasi Cahaya Petang) adalah satu operasi tentera Amerika Syarikat yang cuba menyelamatkan 52 warganegara Amerika daripada Keduataan Amerika Syarikat di Tehran, Iran pada 24 April 1980. Percubaan ini dibatalkan apabila tiga buah helikopter yang digunakan dalam operasi ini rosak akibat dilanda ribut pasir dan terpaksa kembali ke kapal pengangkut pesawat USS Nimitz (CVN-68). Ketika pasukan tentera A.S. bersedia untuk meninggalkan Iran, satu kemalangan berlaku semasa mengisi minyak mengakibatkan helikopter selebihnya dan sebuah pesawat penangki minyak C-130 Hercules musnah dan ditinggalkan. Kemalangan ini menyebabkan kematian lapan anggota tentera Amerika.