One Laptop Per Child

One Laptop Per Child Association, Inc. (OLPC) ialah sebuah pertubuhan bukan untung yang ditubuhkan untuk menyelia pembangunan peralatan pembelajaran yang murah dan mampu milik untuk kegunaan negara membangun. Tumpuan OLPC adalah pembangunan, pembinaan dan pengaturan penggunaan komputer riba XO-1 yang bermatlamat untuk menggalakkan pembelajaran bagi kanak-kanak di negara membangun. OLPC menumpukan perhatian dalam bidang pembangunan teknologi maklumat dan komunikasi. OLPC didaftarkan di Delaware, Amerika Syarikat.

OLPC dibiaya oleh ahlinya termasuk AMD, Brightstar Corporation, eBay, Google, Marvell, News Corporation, SES, Nortel Networks, dan Red Hat. Setiap ahli mendermakan AS$2 juta. Walaupun OLPC bukan ditubuhkan untuk keuntungan, pengeluar XO-1 dijangka memperoleh 5-10% keuntungan daripada penjualan XO-1.

Organisasi ini dipengerusikan oleh Nicholas Negroponte. Antara orang penting lain termasuk Jim Gettys, naib presiden kejuteraan perisian dan Charles Kane, presiden dan ketua pegawai operasi.